•Tuesday, October 25, 2011


"Saya belum kahwin, tetapi jika dah kahwin dan seandainya saya telah cukup melayan suami saya zahir dan batin, menjaga kehormatan diri saya sebagai isterinya, menjaga hartanya, melahir dan mendidik anaknya serta istiqamah menjadi isteri solehah kepadanya, kenapa perlu dia berkahwin lagi?"

-----------------------------

Jawapan bagi soalan saudari "kenapa perlu dia berkahwin lagi?" adalah kerana walaupun seorang isteri itu merasakan hebatnya dia terhadap suaminya, anaknya dan keluarganya menandingi wanita-wanita lain di muka bumi ini. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Khadijah Binti Khuwailid - Isteri Rasulullah Yang Agung.

Siapa perempuan yang mahu mempertaruhkan kebangsawanannya dengan menikahi lelaki 15 tahun lebih muda yang jauh miskin darinya? Siapa perempuan yang menyelimutinya saat lelaki yang kemudian menjadi suaminya itu menggigil ketakutan setelah bertemu Jibril untuk menerima wahyu pertama?

Siapa yang berani membenarkan dan membela ajaran seorang lelaki yang dianggap gila dan menjadi bahan celaan kaum kafir Quraisy? Siapa perempuan yang berada di balik perjuangan gigih Rasulullah SAW memperjuangkan agama Allah SWT tanpa lelah?

Siapa yang menghabiskan seluruh sisa usianya untuk mendampingi Muhammad SAW, sang pemimpin umat. Dia isteri, kekasih, ibu, teman, penghibur di kala gulana, penyemangat, hingga penyandang hartanya demi perjuangan Rasulullah SAW.

Dialah perempuan pertama yang dinikahi Rasulullah SAW dan beliau tidak menikah dengan siapa pun kecuali setelah Khadijah meninggal dunia. Khadijah memang sangat dicintai dan dihormati oleh Rasulullah. Bahkan walau Khadijah telah tiada, Rasulullah selalu menyebut-nyebutnya dalam setiap kesempatan, dan tidak bosan-bosan memujinya.

Jika saudari mahu bakal suamimu itu tidak bernikah selain dari kamu. Saudari harus menjadi hebat seperti Khadijah Binti Khuwailid terlebih dahulu yakni seorang isteri yang melayani suaminya seperti 4 orang isteri, sebelum memperjuangkan hak kamu itu



sumber : FB syahirul.com
|
This entry was posted on Tuesday, October 25, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On October 25, 2011 11:03 AM , naim said...

salam alaik

Lama tak ke sini.

Entry mendidik jiwa.

terima kasih ya ukhti

^_^

 
On October 25, 2011 12:05 PM , aisha soleha said...

waa'laikumsalam

alhamdulillah :)


tq selalu visit my blog :)

 
On October 27, 2011 9:36 AM , naim said...

Insha Allah

kalau tak komen. tapi selalu baca..

:)

teruskkan menulis ya..

 
On October 27, 2011 6:20 PM , aisha soleha said...

saya sendiri dah lama tidak menulis di blog.apapun terima kasih atas sokongan :)